Tuesday, May 18, 2010

~ Sehari Di Sungai Besar ~






Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung di sungai besar, wowwww...dah lama jugak aku tak balik, hajat di hati memang nak balik sebab ada kenduri arwah atuk aku..Al- fatihah untuk arwah atuk dan jugak arwah ayah aku jugak...semoga roh mereka di tempatkan bersama orang orang yang beriman dan di berikan syurga untuk mereka.. amin....

Awalnya niat tu nak bawak aiman g berubat di gedangsa...pastu terus balik ke sungai besar, kalau ikutkan dari gedangsa nak menuju ke sungai besar bukan jauh sangat..ada la lebih kurang 50 km..( tapi family superkid kata jauh sangat)...huhuuu..memangdangkan masa dan keadaan kurang sesuai, aku batalkan la niat g gedangsa dulu...terus je munuju ke sungai besar. perjalan kami bermula lewat, sebab nak menyiapkan barang untuk di bawak ke sungai besar, bukan banyak mana pun..tapi sebab buat sambil santai..so lambat la,aiman teruja sangat kalau nak jenjalan ni..huuhhu, dia suka dok dalam keter..pastu tengok sekeliling...tu la kelebihan aiman,mata dan telinganya setakat ni nampak agak fokus...kalau dia nampak pokok...dia akan pandang sampai puncak pokok tu...naik tenggelam mata hitam bila dok tengok pokok....

Ok la..perjalan di teruskan, santai je aku bawak keter...malas nak laju - laju dah..mungkin keter aku pun memang dah tak laju sekarang ni...huuhu, masuk jer dalam keter bini aku cuma bertahan 1/2 jam..pastu mula la mata dia kelat kelat keladi, mungkin mengantuk sebab..iyerlah...dekat dua tahun dah bini aku tak tidor lena..jaga anak..cuma hari sabtu malam minggu turn aku sepanjang malam..dan malam tu jer la yg dia boleh tidor tanpa gangguan...sabar yer sayang, tuhan nak uji kita...so..aku pun drive la sambil menikmati keindahan alam..yupss...pemandangan sepanjang perjalanan dari putrajaya ke ijok tak la cun sangat viewnya, tapi bila sampai pekan kuala selangor sampai la ke sungai besar...yeahhhh...so green, memang tenang sangat la mata ni...

Sg besar, pekan kecil yg mempunya 3 mukim tak silap aku, mukim sungai panjang, mukim pasir panjang dan sekinchan...kalau tak silap la...sekarang sungai besar dah pesat membangun...pekan dah semakin besar..makin banyak kedai kedai yg di buka..seronok giler, time aku kecik apa jer yg ada. pasaraya paling besar fajar..sekarang dah macam macam...ermm lupakan pasal sungai besar, aku terus menghala ke umah atuk aku...dah ramai sanak saudara yg sampai..ermm...masa tuk berkumpul..

No comments:

Post a Comment