Saturday, January 30, 2010

2010









February dah nak masuk...memang lama giler aku tak up date blog...kengkawan semua dah bising, asal masuk je masih citer lama...apa kes....macam la sibuk sangat...huhuuh...bukan apa, kesibukan tu memang salah satu faktor yg membuatkan aku malas nak update blog..di tambah lagi dengan keadaan '' berok band '' aku...nak upload pic bukan main lama...makan masa 4 tahun...ciss...hampeh toll...ermmm, first sekali aku nak bersyukur amat sangat..masuk tahun 2010 aku terus masuk kerja ngan goverment, alhamdulillah...sebenarnya bila aku pandang balik belakang..aku rasa macam semua yg aku impikan tercapai...walaupun bukan sesuatu yg besar yg aku mintak....dan target terbaru...dalam masa 5 tahun akan datang aku nak tambah baby sorang,rumah sendiri ngan sebuah keter baru...dah lama sangat kancil aku tu berkhidmat tuk aku,,,dah sampai masa tuk aku perlukan keter family....ok la tinggalkan bab duniawi....nak bercerita tentang seorang ahli syurga yang telah Allah amanahkan untuk aku dan isteri jaga...Muhammad amar nazheef ( aiman ) anak kesayangan babah ngan mama....dah setahun 5 bulan dah dia melihat dunia ni dengan matanya sendiri..walaupun mungkin pandangan yang org di luar sana nampak kosong...tapi anakku ini mempunya caranya sendiri untuk mentafsir sesuatu dan aku yakin...dia faham tentang apa yg dilihatnya,syukur juga ku ucapkan sekali lagi kerana di kurniakan rakan-rakan yg di kenali hanya di alam maya...rakan - rakan yang sama berjuang demi anak masing-masing yang telah ku anggap seperti anak sendiri, dari sehari ke sehari kami semua mengharapkan anak-anak kami dapat berdikari dan kami semua sentiasa mencuba dan bertukar-tukar pandangan dalam membesarkan putera puteri kami...thanks semua...walaupun kita tak der langsung pertalian darah..tapi kita masih mempunyai matlamat yg sama dan kalian semua memang terbaik...yeahh...tampa korang semua mungkin aku pun tak setabah sekarang nak membesarkan aiman...dan kami sekeluarga masih mengharap sokongan dari teman-teman dan ahli keluarga untuk terus tabah walau ada kalanya air mata ni jatuh jugak..
halfcut, erm..amat sukar...bi la side income aku...kalau tak, teruk jugak ekonomi aku..aku ni dah la kuat membazir....nak buat camner...dulu masa kecik hidup agak susah...so bila dah senang sikit ni, apa je terlintas kat hati...main beli jer...aku pun pelik, bila aku kira-kira..kadang kadang perbelanjaan aku melebihi pendapatan...mana datang duit tu...ntahlah...tapi sejak kelahiran putera kami, memang rezeki murah betul...alhamdulillah....sejak dapt kerja baru ni macam sukar sikit nak g halfcut..masa kerja lama dulu time kerja aku leh g kedai potong kereta..sekarang ni, kerja aku agak fix jugak...nak sedut udara kat luar opis pun payah...ni pun belum masuk tugas sebenar aku yg patutnya berada di bilik kecemasan...ermmm...tak tau camner nak cakap..aku ni salah sorang insan yg paling takut jarum dan doct..tak sangka aku kena ''berkawan'' baik ngan apa yg paling aku takut...apa yg aku perlu, cuma kuatkan sikit semangan dan sedikit anjakan paradigma..mengubah sesuatu yg paling di takuti menjadi perkara biasa dalam kehidupan..kerja itulah yg membuatkan aku semakin sukar nak ke halfcut..sabtu kadang kadang aku kena kerja..so amalah sukar, kalau tak kerja punaku akan bawak aiman g berubat...walaupun agak sukar, tapi aku still run barang barang keter....itu je benda yg aku minat...kalau buat benda yg kita tak minat susah...betul tak????