Saturday, June 19, 2010

~ Mandi Malam ~

pic mama ngan aiman, dua insan yg tercintaaiman tak nagis lansung masa balut ni.

Hero babah, luvv u aiman

senyuman ni lah yg selalu buat babah makin kuat hadapi cabaran.

Control macho. Muhammad Amar Nazheef.

salam....., aku tulis blog ni kul 6.48 petang....dah nak maghrib...dan dah sampai masa tuk g mandi....cerita pasal mandi, baru-baru ni aiman g ke gedangsa semula untuk menyambung rawatan yang lebih kurang sebulan la bercuti.( cuti pun sebab babah kena chiken pox ). dan kak raw menyarankan aiman menjalani rawatan mandi pagi, dengan berbekalkan sebaldi penuh ( tapi aku bawak lebih dari sebaldi, takut kak raw kata tak cukup ) air masjid, kami iaitu...farid+ita = sarah, Zul + ina = nabila....g la umah kak raw, memulakan perjalanan seawal jam 10.30 malam, pastu berhenti di RnR Tg malim, sebab zul family tunggu kat sana....lepak jap lebih kurang 15 minit baru teruskan perjalanan....malam tu hujan renyai-renyai...sejukk ohhhh...ida ngan aiman dah lama terlena kat seat belakang yg telah aku susunkan macam sebuah katil mini....menyusuri laluan kampung yg sempit dan di apit oleh hutan kecil...memang agak menyeramkan, sejuk+seram dan macam macam perasaan lagi la..termasuk la perasaan bimbang, takut kak raw dah tido....sampai je kat umah dia...ya Allah, ramai jugak orang, macam kenduri rupanya....kami ni as a newbie kat situ ( untuk aktiviti malam la ) macam kambing masuk kandang, terlangak langak...lama-lama, kami buat kepala kami jer la..macam biasa...kami ni antara group yg agak kecoh sikit la klau kat umah kak raw, sampai kalau kami lama tak datang berubat ( biasa kami datang memang by group ) org akan tanya...mana geng yg selalu tu???? huhuuhhu...ok la sambung balik citer pasal mandi...mandi di awal pagi ni sebenarnya memang banyak kelebihannya....org kata boleh kena peparu berair...tu sebenarnya mandi lepas kul 9-12...kalau lepas dari kul 12 mlm org kata dah ok dah...ntah la, aku belum sampai tahap doct pakar mandi lagi...setakat mandi berniat tu boleh la....huuhuh, so..aku pun ready la ngan sebaldi besar air dan aiman di dalam pelukan aku...masa tu badan aiman macam tak berapa ok...rupanya dia pun dah nak kena chiken pox, kak raw kata tak per..leh teruskan sebab belum keluar lagi chiken poxnya..so, mandi diteruskan...elok je aku dudukan aiman, kak raw tanya...bapaknya ada bawak baju n seluar spare tak? bapaknya lagi BERAT dari anaknya ni..elok mandi sekali...tak semena mena aku pun kena mandi sekali..dok kami berdua kat hamparan canvas tu untuk mandi bersama...ingat mandi macam mandi bunga...sekalinya, mandi macam org bersalah...kena libas ngan air....adalah cara mandinya..aku nak citer detail pun bukan aku tau sangat...cuma yg aku pelik..kenapa aku kena mandi sekali???? apa masud BERAT yg kak raw katakan tu....lepas mandi, kepala pulak kena balut...biasa anak je balut...ni ngan bapak - bapak sekali...arghh...si zul ngan farid dah gelakkan aku...dia kata antara aku ngan aiman, aku lagi ketara CP nya...kuenggg asam betul la...apa pun...aku akan teruskan jugak apa saja rawatan yg aku rasakan tak bertentangan ngan ajaran agama untuk anak aku..sebab orang kata, setiap penyakit...Allah dah turunkan sekali dengan penawarnya..cuma kita sebagai manusia jangan lupa berikhtiar untuk mencara dan bertawakal kepada yg maha Esa...alhamdulilah, setakat ini..aku dah cuba sedaya mana aku mampu....untuk mereka yg mempunyai anak istemewa di luar sana...jangan sesekali merasa anak itu satu beban, mereka adalah pelepas beban kita sebenarnya....mereka adalah salah seorang ahli syurga yg telah tuhan amanahkan untuk kita menjaga mereka...tunaikan amanah kita sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin....sama-sama lah kita berdoa untuk kebaikan kita semua....semua umat manusia di muka bumi ini...aminn.....

6 comments:

  1. baru perasan, tembam pipi aiman ikut mama dia rupanya.....cute...muahhh

    ReplyDelete
  2. salam, anak cik ni berapa umurnya, dah bape lama berubat ngan kak raw ni? mcm mana perkembangan anak setakat ni. saya tanya sebab saya pun ada anak cp juga. pernah dengar pasal kak raw ni, tp blm pernah pegi.

    ReplyDelete
  3. salam, anak saya ni dah dekat 2 tahun...dah hampir setahun berubat...alhamdulillah la..ada la perubahan walaupun tak ketara sangat...yg nampak, kalau selalu berubat dia tak kejangkan badan dia...nampak lembut jer...kalau nak g boleh la cuba...selagi ada ruang, selagi tu la kita sebagai ibu bapa ni kena berusaha...

    ReplyDelete
  4. ko tuh mmg CP..sipi..sipi..kahkahkah..

    ReplyDelete
  5. salam,
    rumah kak raw tu kat mana ye?
    anak sy duchenne muscular dystrophy..
    tertarik dengan group superkids...mcm mana nak join ye? at least ada supporting group mcm nih bagus utk bertukar2 pandangan... setakat nih saya takde lagi kawan yg senasib....
    eta-imadndmd@blogspot.com

    ReplyDelete
  6. alah..kita org ni group underrground..belum register lagi..hukhukhuk....kalau nak tau lebih lanjut boleh la add FB kita org...seranggamalam_82@yahoo.com. kat situ ramai lagi geng geng yg senasib ngan kita...

    ReplyDelete