huhuhu...sedar tak sedar, anak aku dah masuk 11 bulan bulan 7 ni...ermmm, cepat besar anak abah..tapi kenapa masih tak berenti menangis lagi. kesian mama ngan abah. pagi tadi 1-7-2009 anak aku menagis tak behenti-henti..dari lahir, sampai dah nak setahun...dari sehari mama ngan abah tunggu aiman berenti nangis, sampai mama habis pantang masih tak berenti..tunggu sampai aiman 6 bulan..tak berhenti jugak, tunggu tumbuh gigi..dah tumbuh masih menagis jugak..ermmmm..abah ngan mama tetap menyayangi aiman. walaupun aiman menangis jer..tapi abah ngan mama tak pernah sekalipun mengabaikan aiman. tapi aiman pandai senyum..aiman pandai buat lawak...huhuuh...abah suka sangat kalau aiman buat "miming" aiman menangis..huuh..cayunnkkksss anak abah & mama..
anak aku semasa berumur 3 hari
9-8-2008, Sabtu, 24.15,
Lahir anak kecil yang amat lemah. Dengan laungan azan berkumandang di dalam dewan bersalin hospital serdang anak ku lahir ke dunia. Aku longlai melihat anakku yg kelihatan biru dan tidak bernafas. ku gagahkan juga mengazankannya lagi sekali di telinganya. kelihatan 2-3 org jururawat sedang bertungkus lumus memberi bantuan pernafasan pada anakku. aku bukan insan yg suka menunding jari meletakkan kesalahan pada sesiapa. aku anggap itu semua ketentuan tuhan yang pasti amat tinggi hikmahnya.cukup ini sebagai permulaan untuk aku meneruskan catatan kehidupan anak kesayanganku.
Anakku di tempatkan di NICU selama 14 hari. selama itulah aku dan isterikan berulang-alik ke hospital. It's not a big deal, cuma.....selama itulah jua air mata kami tak putus putus mengalir mengenangkan anak kami. sampai satu tahap doctor terpaksa ambil air tulang belakang " hero " kami untuk mengetahui apa punca masaalah kepada anak kami.14 hari berlalu. " hero" kami keluar dari NICU...seronok sangat...